Salam
Hari ini kandungan mama dah masuk 38 minggu 1 hari. Esok last chance mama punye scan untuk tengok uri berubah ke tak? Kalau tak berubah, then mama punye operation dah set pada 12hb (Selasa) kul 9 pagi . Esok lps scan , mama akan dibawa melalui ambulance ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kalau ikut tarikh scan tuh, makna nye tinggal 2 hari je.. mama akan bertemu ngan buah hati mama dalam perut nih. Tak sabar rase nya nak tgk dan pegang baby sendiri. Selama ni asyik tengok pergerakan baby kat perut je.. dalam masa 2 hari lagi , insya-Allah mama dah buleh peluk sendiri anak mama. dah buleh cium2 dan gomol2 die. Eiii...Geram geram..
Dikesempatan ini mama nak ucapkan terima kasih kepada beberapa individu yg teristimewa dalam hidup mama.
1. Suami ku : Abah .. Terima kasih yg tak terhingga atas segala pengorbanan, kesabaran, cinta dan kasih sayang yg dicurahkan selama ni. Selama sebulan lebih mama di hospital, abah terpaksa menjalani hidup sendiri, mengambil tugas mama di rumah, melawat mama di hospital hampir setiap hari, tidak putus doa abah untuk mama dan baby. mama terlalu bersyukur atas jodoh ini. Tiada kata yg mampu mama ucapkan utk menggambarkan perasaan cinta dan sayang mama pada abah. Hanya usaha dan doa yg mampu mama buat dan pohon semoga jodoh kite berkekalan hingga ke syurga Allah. Amin
2. Ayah & mak uda : Terima kasih atas segalanya. Sampai akhir hayat pun siti takkan dpt membalas jasa ayah dan mak uda membesarkan siti. Terima kasih atas doa yg tak pernah lekang dari bibir ayah dan makuda utk kebahagiaan anak2 dunia dan akhirat.
3. Mak : Terima kasih atas penerimaan mak terhadap siti bukan sebagai menantu tetapi dianggap sebagai anak sendiri. Segala teguran dan tunjuk ajar mak akan siti gunakan utk mengharungi kehidupan rumah tangga bersama Apis dan bakal cucu2 mak nanti.
4. Adik beradik ku : Terima kasih atas segala curahan kasih sayang sebagai abang2 dan adik2 kepada siti. Semoga hubungan rapat antara kite sumer berkekalan.
5. Ipar duai : Terima kasih kerana menjadi ahli keluarga yg begitu supporting dan menerima siti dgn baik.
6. Rakan2 sepejabat : 1st nak mintak maaf pada sape2 yg terpaksa mengambil alih tugas saya di opis sewaktu ketiadaaan saya. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya dan baby.
7. Rakan taulan dan sedara mara : Terima kasih atas doa kalian untuk kesejahteraan saya dan baby. Hanya Allah saje yg mampu membalas nya .
Terima kasih pada sesiapa yg melawat saya di Hospital Banting, Mimie .. thanks for kuih lompang. Dikesempatan ini juga saya nak memohon maaf atas segala salah dah silap. Halalkan yg terlebih dan terkurang . Akhir sekali , tolong titipkan doa semoga Allah permudahkan proses kelahiran bayi mama nih dan semoga sumer nye berjalan lancar . ( I'm still praying to have a normal birth) .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
insyallah...all the best! jap je tu ;) Jgn lupa prinsip2 breastfeed ye........
ReplyDelete